Secara rasmi persatuan ini didaftarkan pada tahun 1961 di mana pengasas dan presiden pertamanya Prof. Dr. Burhanuddin Helmy. Setiausaha agungnya ialah Dr. Muhammad bin Hanif. Bendahari agungnya ialah Dr. Yaakob Ibrahim dan ahli jawatan kuasa yang lain termasuklah Dr. Bahrom Shah, Dr. Ismail Muhammad. Ibu pejabat waktu itu di 38-B Jalan Hale Kuala Lumpur (Sekarang jalan Raja Hale dikenali sebagai Jalan Raja Abdullah). Pejabat ini di buka untuk klinik dan pelajar-pelajar dan pelatih Homeopathy. Dalam ucapan sulungnya Prof. Dr. Burhanuddin telah mengatakan tujuan dan matlamat persatuan iaitu:

Mendirikan dan memajukan perubatan cara Homeopathy dan lain-lain cara tabii.

Menggalakkan dan mengkaji kesihatan, kewarasan, kecerdasan rohani dan jasmani.

Mengadakan kemudahan bertukar fikiran dan pengetahuan diantara ahli dan orang ramai dengan mengadakan ceramah dan cara lain yang halal.

Memajukan kepentingan bersama meninggikan akhlak dan pelajaran.

Menanam semangat dan kemahuan dan memajukan diri sendiri dan mengajarkan kepada ahli akan kegiatan-kegiatan Homeopathy.

Persatuan membuka keahliannya kepada 3 jenis ahli iaitu ahli penuh, ahli bersekutu, dan ahli penyokong. Untuk ahli penuh, persatuan mengenakan syarat hanya untuk orang yang mempunyai kelayakan Homeopathy sahaja. Serentak dengan tertubuhnya persatuan ini dengan daya usaha pemimpin Dr. Burhanuddin maka beberapa cawangan klinik telah dibuka. Di Kuala Lumpur wujud Dewan Tata Hidup (Life Science Centre). Di Singapura wujud Dewan Kesihatan Melayu (Malaysia Health Centre). Persatuan Homeopathy Malaysia di bawah kelolaan Dr. Burhanuddin menganjur penubuhan klinik-klinik Homeopathy menjadi tempat latihan pelajar-pelajar. Di Ehya Assharif Gunung Semanggol Perak, kuliah dibuat dimana melahirkan pengikut yang mahir dengan sistem Homeopathy dan dikembangkan di seluruh pelusuk Negara.

Pengasas persatuan, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah meninggal dunia pada 25 Oktober 1969, dengan itu kepimpinan persatuan diturunkan kepada timbalannya Prof. Dr. Mohd Noor Nordin. Pada tahun 1970 Homeopathy mengorak langkah lebih aktif di selatan negara. Pada tahun 1979 bangkit satu usul supaya diselaraskan dengan perkembangan baru di mana nama diubah kepada Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (Malaysia Homeopathy Medical Association). Di bawah pimpinan presiden Prof. Dr. Mohd Noor Nordin semakin rancak lagi menjalankan kegiatan klinik Homeopathy yang tumbuh di setiap negeri antaranya Kedah di Guar Cempedak, Kuala Terengganu, Parit Buntar, Krian (Perak): Muar (Johor) Jasin (Melaka), Sungai Besar Kelang, Sekinchan (Selangor) dan banyak lagi. Persatuan telah menganjurkan banyak kuliah diserata negeri dinaungi dan disertai oelah menteri besar Selangor dan Kelantan waktu itu. Apa yang menarik ialah Homeopathy telah diminati oleh pelajar-pelajar Yayasan Pengajian Tinggi di kalangan professional dan golongan menengah dan biasa Homeopathy berkuasa di era tahun lapan puluhan di mana sistem Homeopathy mendapat sambutan dan menjadi satu sistem pilihan dan sistem rawatan yang ada sekarang. Homeopathy kini terus berkambang maju di tahun 90 an dan kini msuk ke tahun 2000 yang bakal melahirkan lebih banyak golongan intelek dan professional yang akan memajukan Homeopathy ke era yang lebih maju dan terkini.

No posts.
No posts.